Khas untuk anda yang simpan banyak impian tapi masih belum tercapai
Khas untuk anda yang simpan banyak impian tapi masih belum tercapai


…tapi sekarang, anda rasa stuck, lost, dan hilang semangat untuk teruskan?
Dalam perjalanan nak capai impian, banyak benda berlaku…
Ini bukan gagal.
Ini tandanya anda perlukan halatuju yang jelas, ruang untuk reset emosi, dan repair sistem dalaman supaya lebih kuat untuk 2026.

Vision Board Holistik bukan tentang gambar impian. Ia tentang siapa anda perlu jadi untuk capai impian itu.
2026 bukan tahun untuk “tengok apa jadi”.
Ini tahun anda cipta hidup yang anda nak.

Salah satu contoh vision board anak-anak Dr Hjh Azura Hashim dan Tn Hj Ahmad Firdaus Mahmod
Ramai orang buat Vision Board macam aktiviti seni — print gambar kereta, rumah, bercuti, tampal, lepas tu harap ianya dapat direalisasikan.
2 minggu kemudian, board jadi hiasan dinding.
Realiti hidup masih sama.
Vision Board Holistik bukan pasal tampal gambar impian.
Ia proses self-leadership.
Program ini untuk anda yang dah letih dengan pattern sama setiap tahun:
2026 nanti… kalau hidup masih sama, siapa rugi?
Masalah bukan pada kemahuan.
Bukan sebab kurang rajin.
Dan bukan sebab “belum sampai masa”.
Punca sebenar ada pada sistem dalaman:

Anda boleh tulis 100 matlamat, tapi kalau dalaman tidak berubah, hasil tetap sama.
Vision board tak menjadi bukan sebab teknik salah, tapi kerana diri kita tak berubah.
Insyaa Allah Dalam Vision Board Holistik, kita bukan tampal gambar… kita transform cara fikir, cara rasa dan cara bertindak.
Webinar Vision Board Holistik ini adalah untuk kenal diri, reset cara berfikir, bina kekuatan dalaman, dan susun hidup dengan jelas.
Kita bukan hanya bina Vision Board.
Kita bina versi diri yang mampu capai apa yang anda impikan.
Dalam webinar, kita akan gabungkan psychology + spiritual + behavioural science untuk buat vision board yang benar-benar hidup.
InsyaAllah…

TARIKH: 30 JANUARI 2026 (JUMAAT)
MASA: 9.00 PM
TEMPAT: ONLINE MELALUI ZOOM
Peluang yang baik datang sekali sahaja dan akan pergi macam awan yang berlalu jika dibiarkan. Jadi GRAB sekarang.
Anda akan belajar membina hala tuju yang benar-benar terarah dan bermakna, selari dengan nilai diri, realiti hidup, dan versi masa depan yang anda ingin cipta.
Hasilnya: Anda lebih jelas, kurang serabut, dan tahu langkah seterusnya.
Fahami cara mengurus stres, tekanan dan emosi dengan lebih tenang. Belajar membina kekuatan dalaman (inner strength) supaya anda mampu kekal stabil, fokus dan berdaya tindak dalam apa sahaja situasi.
Selami apa yang selama ini menyekat potensi anda. Pelajari cara membina keyakinan diri yang berakar kukuh, bukan sekadar motivasi sementara tetapi transformasi cara berfikir dan melihat diri.


Pelajari dua alat visual paling berkuasa dalam self-leadership: Vision Board (kompas harian) dan Mind Movie (pengaktif minda bawah sedar).
Ketahui formula menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang dengan lebih jelas, serta cara menyusun langkah demi langkah agar anda kekal bergerak tanpa hilang momentum.
Hasilnya: Anda tahu apa nak buat, bagaimana nak buat, dan bila nak buat, tanpa tekanan
DR HJH AZURA HASHIM dilahirkran di Klang, Selangor. Dr. Azura Hashim memiliki PhD dalam Pemasaran Antarabangsa (Universiti Malaya) dan Ijazah Sarjana dalam Perniagaan Antarabangsa (Universiti Putra Malaysia). Beliau merupakan pengasas Medipro Ventures Sdn Bhd, seorang jurulatih bertauliah, dan juga seorang penulis. Beliau juga telah diiktiraf sebagai salah seorang Successful People in Malaysia by British Publishing House LTD yang terletak United Kingdom (UK).
Beliau telah terlibat secara aktif dalam pelbagai kerjasama dengan pelbagai organisasi kerajaan dan swasta selama hampir 10 tahun, termasuk Majlis Amanah Rakyat, KWSP, PERKESO, Lembaga Tabung Haji, Bernama, KPDNKK, PTPK, SSM, MAMPU, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Luar Bandar. Pembangunan, INTAN dan banyak lagi. Program Dr Azura telah mendapat sambutan yang baik dan mendapat maklum balas positif daripada beribu-ribu peserta, termasuk usahawan, majikan, pekerja, dan umum.
Beliau juga terlibat secara aktif dengan universiti dan sekolah untuk program pembangunan diri, motivasi dan pembangunan diri. Ini termasuklah UniKL, USIM, UiTM, UUM, UMT, UTHM, CIAST, Kolej Komuniti, dan banyak lagi. Dr Azura juga dipilih sebagai panel perunding untuk pelajar di bawah Lembaga Zakat Selangor untuk klasifikasi program pembangunan diri pelajar dan sebagai panel perunding di bawah MARA khusus untuk program keusahawanan.
Beliau sering dijemput ke saluran media massa seperti TV3 Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), TV AlHijrah, IKIMfm, BERNAMA, The Star, Sinar Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, dan lain-lain. Selain itu, dia sering dijemput untuk berkongsi pemikirannya dalam majalah dan akhbar dan turut aktif dalam penulisan.

Antara Penampilan Media


Jemputan di Program Malaysia Hari Ini (TV3)

Jemputan di Program Assalamualaikum (TV AlHijrah)

Jemputan di Program Mingguan Wanita (Astro)

Jemputan di Radio Ikim.fm

Artikel di akhbar Utusan

Artikel di majalah Mingguan Wanita

Artikel di akhbar The Star

Artikel di majalah InTrend
Dr Azura Hashim Bekerjasama Dengan Organisasi (antaranya) berikut

TN HJ AHMAD FIRDAUS MAHMOD adalah coach hartanah dan mempunyai pengalaman selama lebih daripada 15 tahun bekerja dalam sektor korporat, beliau kini seorang pelabur, penulis dan penceramah bebas dalam bidang hartanah serta perniagaan. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada UKM dan pernah bekerja dalam bidang kewangan di salah sebuah syarikat telekomunikasi antarabangsa sebagai Credit Analyst. Beliau juga telah diiktiraf sebagai salah seorang Successful People in Malaysia by British Publishing House LTD yang terletak United Kingdom (UK).
Beliau merupakan jurulatih berdaftar di bawah HRD Corp, juga pemegang pensijilan:
Beliau aktif dalam membantu individu meningkatkan potensi membina kerjaya sebagai Real Estate Negotiator (REN) dan meningkatkan kecekapan serta kemahiran mereka secara langsung. Beliau percaya dengan pengalaman industri yang ada, beliau boleh membantu lebih banyak orang untuk lebih berjaya dalam kehidupan dan menyumbang kepada sesebuah organisasi serta negara secara keseluruhan.
Beliau turut menerima pelbagai liputan media massa seperti akhbar Sinar Harian, Prospek Hartanah, Mingguan Wanita dan TV Al-Hijrah untuk berkongsi mengenai peluang yang ada di dalam sektor hartanah. Beliau telah melatih lebih daripada 2000 orang Real Estate Negotiator (REN).

Antara Penampilan Media



Tn Hj Ahmad Firdaus Mahmod berkongsi di TV Al-Hijrah




Artikel Tn Hj Ahmad Firdaus Mahmod di beberapa akhbar terkemuka seperti Sinar Harian.

Mereka dah berjaya. Kini giliran anda pula…

“Takut nak berniaga pada mulanya. Kini dah capai lebih RM1,000,000 !”
– Tuan Nazri Lokman dan Tuan Amirul, Pengasas NMBio
“Bangkit dari kemurungan dengan Vision Board Holistik.”
– Puan Zulaiha Zulkifli, Founder Soul In Sign
“Berjaya Keluar Dari Kebuntuan Semasa PKP”
-Cikpuan Wan Rusyaini, Founder O’Vanilla

“Dapat bagi mak ayah 4 angka sebulan lepas buat Vision Board Holistik.”
– Puan Nik Aziemah Azmi, Mortgage Consultant

“Alhamdulillah, dah dapat kereta idaman dengan ilmu Vision Board Holistik Dr Azura”
– Tuan Azahari Ardin, Perunding Hartanah

“Target 1 gram emas je sebulan, tapi kini dah dapat lebih!”
– Cikpuan Nur Hasliza Abdullah, Founder Bisnes Bakery
“Sale mencanak naik selepas join kelas Dr Azura! Sebab ini bukan semata-mata Vision Board yang tampal-tampal. Ianya holistik!”
-Puan Zuraini Soh, Perunding Hartanah

“Berjaya transform diri menjadi lebih positif.”
– Cikgu Murni Ismail
“Dapat grow income dan team bisnes saya.”
– Cikpuan Amirah Azhar

“Berjaya kawal depression dengan Vision Board Holistik.”
– Cikpuan Yaya Yusof

“Dr Azura bawa saya from nothing to something.”
– Puan Etty Garib
“Sekarang saya rasa lebih yakin untuk hadapi segala cabaran.”
-Cikpuan Suhaizah Zakaria, Pengurus Kanan Keselamatan, Oil & Gas Company

“Saya praktikkan juga vision board kepada anak-anak saya. Dapat bina bonding yang amazing dengan anak-anak.”
– Puan Diana Yusoff

Kalau anda tak buat keputusan untuk diri sendiri sekarang, hidup akan terus berjalan ikut default mode.
Hidup yang tenang, jelas, dan terarah bukan muncul dari motivasi sepintas lalu.
Ia datang dari proses kenal diri, sistem dalaman yang kuat, dan tindakan yang konsisten.
Webinar Vision Board Holistik bimbing anda mulakan perjalanan itu, dengan clarity, keberanian, dan identiti diri yang lebih matang. InsyaAllah…

Jika ada bahagian yang memberi kesan mendalam atau mahu ulang langkah penting, anda boleh tonton semula selama 30 hari. Ulang, berhenti, catat, dan buat mengikut kadar anda sendiri. Macam ada coaching kecil setiap hari selepas kelas.

Checklist ini membantu anda memastikan rutin sebelum tidur berjalan dengan teratur, supaya setiap pagi anda bangun dengan lebih segar, tenang, dan penuh semangat. Rutin kecil, tetapi kesannya sangat besar pada diri anda setiap hari.
Template ini membantu anda melihat perkembangan harian dan kekal konsisten membina tabiat yang baik. Tabiat kecil yang diulang setiap hari membawa kepada perubahan besar. Anda akan lebih sedar, teratur, dan bertanggungjawab pada diri sendiri.

Template ini membantu anda menetapkan matlamat yang betul-betul jelas, realistik, dan boleh dicapai. Bukan lagi angan-angan. Setiap matlamat disusun bersama langkah tindakan supaya tahun anda seterusnya bukan sekadar ulang rutin lama tanpa hasil.

Template ini membantu anda merancang minggu impian — seimbang antara kerja, tanggungjawab, dan masa untuk diri sendiri. Bila minggu tersusun, anda kurang semak, kurang stres, dan hidup terasa lebih tenang walaupun sibuk.

Ramai rasa hilang semangat kerana tidak jelas tujuan sebenar mereka. Template ini membantu anda memahami sebab utama anda berusaha. Bila tahu tujuan diri, semangat lebih kukuh, tidak mudah putus asa, dan anda lebih yakin dalam perjalanan mencapai impian.

Video ini mengandungi tujuh soalan yang membantu anda mengeluarkan diri daripada masalah secara berdikari. Bila rasa buntu, takut atau hilang arah, buka video ini, jawab satu demi satu, dan anda sendiri akan nampak jalan untuk terus maju.

Ini versi yang boleh dicetak dan ditulis terus. Anda boleh simpan jawapan, lihat perkembangan pemikiran dari semasa ke semasa, dan nampak perubahan diri anda dengan lebih jelas. Sangat sesuai untuk refleksi dan perkembangan diri berterusan.

Anda boleh membina Vision Board yang cantik dan kemas dengan memuatkan gambar impian, ayat semangat, dan susun mengikut gaya anda di Canva. Boleh dicetak atau dijadikan paparan telefon dan komputer. Sangat berkesan untuk merasai impian setiap hari.

Ini Vision Board versi bergerak. Anda boleh buat video pendek tentang impian anda — dengan gambar, muzik dan ayat yang menyentuh perasaan. Setiap pagi anda tonton “diri anda pada masa hadapan” yang berjaya. Ramai individu berjaya guna kaedah ini untuk menguatkan minda.

Bonus-bonus ini adalah sebagai ‘tools’ yang efektif untuk bantu anda capai impian anda. InsyaAllah…
Pilih pakej di bawah yang sesuai dengan keperluan anda.


Jika anda sudah hadir ke seminar, belajar ilmu dan lakukan tindakan dengan ilmu yang telah kami kongsikan tetapi tiada sebarang perubahan dalam masa 30 hari, kami sedia pulangkan wang anda semula tanpa banyak soal.
Dengan syarat, anda beri kami review apa tindakan yang anda telah lakukan selepas pulang daripada seminar.
Ya, Ini sesi LIVE. Kami akan berikan anda link Zoom setelah anda daftar nanti.
Boleh, sila layari telegram link ini : https://t.me/visionboardholistik
PERLUKAN BANTUAN?
016-222-3444 (Cik Siti)
MEDIPRO VENTURES SDN BHD (1145612-D)
4-05-02, 1st Floor, Blok 4,
Presint Alami, Worldwide Business Centre2,
No. 2 Jalan Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
DISCLAIMER: This site is strictly not affiliated with, sponsored, or approved by Meta Platforms, Inc., Facebook, Instagram, Tiktok or any related entities in any way, and any reference to “Meta,” “Facebook,” “Instagram,” “Tiktok ” or their services/products is for identification purposes only, with all other trademarks, logos, and copyrights belonging to their respective owners.